Pekatnya malam ini,
Sepekat corak-corak yang aku lukiskan,
Biar bertabur bintang di langit,
Namun kegelapan menyelubungi.
Mengapa bulan cuba bersembunyi?
Sedangkan kau yang menyimpan rahsia hatiku.
Sunyinya malam ini,
Sesepi secebis hati yang bernanah.
Ah! Sakitnya bukan kepalang.
Mengapa sang cengkerik berdiam diri?
Sedangkan selama ini sedia menemani.
Jiwa ini meronta, menjerit.
Apa yang kau mahu?
Waima tidak kaya, tidak juga papa.
Bersederhana begini tetap menghimpit jiwa.
Hati, apa yang kau cari?
Apakah sejarah hitam itu telah mengunci engkau?
Ah! Jangan disebut.
Malu kalau orang tahu.
Hanya satu penawar ku,
Yang Maha Kuasa.
Ya Allah,
PadaMu aku berserah,
Pulihkan semula hidupku,
Kembalikan bulan ku,
Kejutkan sang cengkerik ku,
Biar malam malam mendatang,
Aku bukan keseorangan.
No comments:
Post a Comment