CeR!Ta TeNtaNg akU...

CeR!Ta TeNtaNg akU...

Thursday, March 29, 2012

.::Setelah Sekian Lama::.

Setelah sekian lama baru kembali menatap lembaran ini
Setelah sekian lama baru bersama kembali
Apa kabar sekalian?
Setelah sekian lama ini banyak yang terjadi
Ada detik yang sukacita ada detik duka
Ada masa tertawa ada masa menitiskan air mata
Namun satu hal yang pasti
Semuanya dilalui dengan penuh kesabaran dan kekuatan
Yang bukan datang dari tubuh ini
Namun kerana di atas kasih karunia Tuhan
Yang selalu menyertai.

Ketika aku kembali yang nyatanya 
Aku bukan yang dulu lagi
Kerana aku menjadi manusia yang baru dengan jiwa yang baru
Dan hidup yang baru yang mendiami aku..
Segala yang ada di dalam ku adalah baru
Bukan aku mau membuang masa laluku..
Namun aku sudah tidak mau lagi
Terikat dengan masa lalu

Alangkah indahnya sekarang
Bila saat aku mengetahui rahsia hidup bahagia ini
Alangkah indahnya sekarang
Bila aku tau sebuah memori baru yang mewangi harumnya
Tercipta buat aku dan si Dia..
Terima kasih Tuhan buat anugerahMu.

Friday, October 21, 2011

Cerita Tentang Teman.

Setiap manusia memerlukan teman. Tak kira ramai ke sorang je. Namun semestinya ada teman yang paling rapat dengan kita. 
Teman yang kita percayakan, teman untuk berkongsi suka & duka. 
Teman yang bersama kita dalam susah senang kita. 
Walaupun mungkin berbeza kursus dalam U tetapi tetap bersama bila di asrama. Teman yang mungkin berlainan agama, bahkan berlainan mahzab. 
Tetapi tetap bersama bila kita bersujud dan berdoa bersama kepada Nya. 

Teman bukan untuk menyakiti, teman bukan untuk disakiti.
Teman bukan untuk melukai, teman bukan untuk dilukai.
Teman bukan untuk menyumpahi, teman bukan untuk disumpahi.
Teman bukan untuk mengumpati, teman bukan untuk diumpati.
Teman bukan untuk dikhianati, teman bukan untuk mengkhianati.

Teman layak untuk disayangi dan menyayangi.
Teman berhak memperoleh bahagia..
Teman menasihati dan bersedia dinasihati.

Seorang teman juga memerlukan waktu dan ruang untuk dirinya.
Berikan teman masa untuk menangis bila bersedih.
Berikan teman masa ketawa bila gembira.
berikan teman masa untuk menjalani hidup seperti insan lain.

Seorang teman memerlukan seorang teman yang menerima dirinya seadanya.
Bagi teman sejati seorang sahabat adalah ibarat seorang saudara kandung
yang lupa Tuhan berikan.

Seorang teman akan sangat mengasihi teman yang lain 
tanpa bersyarat.
Zahirnya mengatakan benci tetapi batin dan hatinya mengatakan 
'Aku sayangkan teman temanku'..

Renungkan..
dan hargai dan sayangi teman kita.

Wednesday, September 21, 2011

Rintihan Jiwa.

Pekatnya malam ini,
Sepekat corak-corak yang aku lukiskan,
Biar bertabur bintang di langit,
Namun kegelapan menyelubungi.
Mengapa bulan cuba bersembunyi?
Sedangkan kau yang menyimpan rahsia hatiku.

Sunyinya malam ini,
Sesepi secebis hati yang bernanah.
Ah! Sakitnya bukan kepalang.
Mengapa sang cengkerik berdiam diri?
Sedangkan selama ini sedia menemani.

Jiwa ini meronta, menjerit.
Apa yang kau mahu?
Waima tidak kaya, tidak juga papa.
Bersederhana begini tetap menghimpit jiwa.

Hati, apa yang kau cari?
Apakah sejarah hitam itu telah mengunci engkau?
Ah! Jangan disebut.
Malu kalau orang tahu.

Hanya satu penawar ku,
Yang Maha Kuasa.
Ya Allah,
PadaMu aku berserah,
Pulihkan semula hidupku,
Kembalikan bulan ku,
Kejutkan sang cengkerik ku,
Biar malam malam mendatang,
Aku bukan keseorangan.

Sunday, July 10, 2011

tinggal kenangan.

jumpa lg...
nk ckp something la hari ni..
topik yg lepas aku ada cakap pasal hubungan yg tak direstui orag tua...memang menyakitkan..menyedihkan..
tak tau nk pilih yang mana. serba salah..

memang God xnk aku bersama dengan nya. ternyata Tuhan itu tahu apa yang aku alami..dan Dia berikan penyelesaian yang satu ini... memang penyelesaian..tetapi membuatkan aku terluka yang teramat sangat..

terperanjat,terkejut..rasa nk gugur jantung aku bila menerima berita ini..airmata bercucuran tak henti2...
fisrt time tau ngs mcm budak kerana lelaki...rasa nk meraung je..

10/7/2011 aku menerima berita dr mak bahawa sidia sudah berkahwin...
saat itu aku hanya mampu menyebut nama Tuhan saja untuk menenangkan hatiku..
kenapa aku??? kenapa baru sekarang bila kami dh berkenalan selama hampir 5 tahun..
betapa besar nya harapan aku untuk bersama dengannya.
namun kini semua itu tinggal kenangan..
aku x marah dia nk berbini ke apa ke..
aku kecewa je..
and paling aku kecewa kenapa dia sendiri tdk menyampaikan berita itu kepadaku..why???

biarlah dia dengan kehidupan barunya...lagipun aku bukan yang terbaik untuk dia..
kalau memang jodoh ada walau apapun keadaan nya suatu hari nanti kami tetap bersama..kalau jodoh ada..
kalau xda..ya...terserah...ada kehidupan masing2...sendiri mau jaga..heheheh..

aku xnk bersedih lagi...buang masa ku..buat aku tension..
aku yakin Tuhan ada menyediakan seorang lelaki yg sesuai denganku..aku yakin dan pasti..

Friday, June 24, 2011

C.I.N.T.A

Apakah cinta?? Tgh dengar lagu cinta nyanyian Jac & Misha..
::misteri hidup apakah hilang dan bahagia di akhir cerita::

benarkah bahagia di akhirnya??
aku pun x tahu apakah rancangan Tuhan Yang Maha Kuasa dalam hidupku..

tetapi kini yang nyatanya aku pun keliru dalam hubungan ini..
cinta mencintai namun akhirnya  terluka..
diluah mati mak,ditelan mati bapak..**btl ke ??

kadang2 terfikir untuk tidak mencintai sesiapa, hanya berkawan..kan senang lg...
bk kata kenalan ku ini.. relationship is all about problem.. katanya la.. aku x setuju..

ramai yg aku tgk kt luar tu kecewa merana kerana cinta..
bukankah cinta sepatutnya membahagiakan?? bukan melukakan..
kawan aku sendiri menangis siang mlm akibat putus cinta n dicurangi kekasih.

satu lagi.
apa yang kita tabur itulah yg kita tuai..
kalau dulu kita berbuat baik..then kita mendapat yg baik juga..
namun kalau kita berbuat jahat then kita akan mendapat yg jahat juga.
itulah kehidupan..
dulu kita melukakan hati sang kekasih..mainkan perasaan..
kini bila kita dh mencintai nya sepenuh hati kita pula yg dilukai..dimain perasaan..
adil kah??? ya, pikir sendiri...

aku cuba sedaya upaya ku untuk melakukan yg terbaik dlm hubungan ini..
namun pengharapan aku kadang2 membuat aku tak yakin...
bukan kerana salah siapa..namun kerana orang tua..
aku cinta kau,kau pun cinta kt aku..
but then why kita kena hadapi semua ini...
korbankan perasaan kerana kemahuan keluarga...
boleh ke???

aku letakkan semua ini dalam tangan Tuhan sahaja.
biar Dia yang menentukan apa yang terbaik buat kita..
andai memang bukan jodoh kita, aku terima...
andai memang jodoh ada aku bersyukur,sayang..

itulah cinta....
namun cita pada yang satu akan berkekalan selamanya..bahkan merupakan cinta agape..
tidak meminta balas,tidak mengharap balas.. cinta yg sejati...
cinta padaNya..

Sunday, June 12, 2011

kenangan lama..

teringat kenangan lama..time sekolah dulu2.. baru tdi view page kwn2 kt fb.. ada yg dh kawin, dh ada anak..
 sedih jua ada bila org yg kita minat dh ada yg punya..apa boleh buat kan...
hmmmm....
bukan jodoh dengan nya kot.. hanya memuji jer...
tapi aku bersyukur kpd Tuhan kerana masih memberkati hidupku selama ini.. masih tetap setia bersamaku...
dan aku mulai sekarang serahkan jodoh ku kepadanya... biarlah segala yg terjadi adalah rencananya..
mengikuti apa yg terbaik baginya..
Tuhan lebih tahu apa yang aku perlukan..bukan aku yang menentukan apa yang aku perlukan..

yeah.... serahkan khuatir ku ini kepadaNya...

Tuesday, May 24, 2011

diut a.k.a money

baru2 tk ada jak kwn2 dr fb tag pic pasal fb infinity downline...

gmbr duit la...gmbr duit lagi....
hmmm...best jwak tgk semua duit byk...tapi aku bukan mata duitan tau..
nak kira duit diaorg pegang pun x tau berapa..byk sangat..

percaya x???
x percaya???

aku pun x tau lah.. tapi mcm best jer...

betul ke biz nie??
nak tau sangat nie...
aku pulak yang seronok tgk...

hmmm..AJL(apa jak lah...)